Saturday, September 6, 2008

Orang2 Mu'min Yg Sempurna Mempunyai 5 Sifat

Ini telah diterangkan dlm Al- Quran Surah Al-Anfaal, Ayat 2-3......

Dan 5 Sifat itu ialah:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (٢)الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)


1. Apabila disebut nama atau diingat ALLAH S.W.T, gementarlah hati mereka.

2.Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran bertambah imannya.

3.Mereka bertawakal kepada ALLAH S.W.T serta berusaha dan berikhtiar dengan segala daya upaya.

4.Mereka mendirikan solat dgn sempurna.

5.Menafkahkan sebahagian hartanya seperti zakat dan sedekah untuk amal sosial dan sebagainya.

Sesungguhnya, ALLAH S.W.T berfirman, barang siapa yg mempunyai sifat-sifat ini, maka dialah orang-orang mu'min yang sebenarnya.

*Wahai teman-temanku sekalian... cuba kita renungkan sejenak...

Adakah kte ada smua sifat-sifat diatas???

Atau hanya ada 4 sahaja sifat diatas ini?atau 3?atau 2?atau 1?atau tiada langsung.

Ya ALLAH!!!Adakah kami muslimin yg sejati... sedangkan kami tiada 1 pun sifat-sifat diatas.

Ya ALLAH!!!Adakah kami hanya islam atas nama sahaja?

Ya ALLAH!!!Hina nya hambaMU ini Ya ALLAH....

Ya ALLAH!!!Jahilnya hambaMU ini...

Slama ini.... kami alpa dengan Dunia yg sementara ini ya ALLAH...

Sedangkan Akhirat itu berkekalan Ya ALLAH..

Slama ini... Kami tidak merasa apa-apa apabila mendengar namaMU, mahupun rasa takut...

Kami tidak membaca KitabMU Ya ALLAH..

Kami tidak bertawakal kpdMU Ya ALLAh..

Kami tidak mendirikan solat...

Dan kami tidak menafkahkan hartaku Ya ALLAH...

Ya ALLAH berikan kami Taufik dan Hidayah MU ya ALLAH...

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami...

Tunjukkanlah kami ke jalan SIRATH AL-MUSTAQIM...

Agar hidup ini sentiasa dlm keredhaanMU...

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM... Ampunkanlah Dosa-dosa kami.Ya Allah...

No comments: